RSS

JANGAN MALU2 KLIK SINI

MP3 AL-QURAN

Friday, April 23, 2010

bahaya lidah..

17 bahaya lidah adalah:



1. kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.
2. kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.
3. adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.
4. lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.
5. satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan dari kata-kata pedas yang tidak disengajakan
6. kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.
7. mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).
8. gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).
9. bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.
10. terlalu banyak bergurau dan bersenda.
11. suka menghina orang lain.
12. menyebarkan rahsia.
13. berjanji lalu mendustai janji itu.
14. akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.
15. mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.
16. menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.
17. memuji yang melampau-lampau.


 
Anda sudah tahu 17 bahaya yang mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan. Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari lidah mereka.

Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah.

Kerana lidah yang selalu memaki-maki, menyumpah seranah, mentertawakan seseorang dan mengumpat-umpat, ramai di antara kita di timpa dengan masalah yang tak berkesudahan.

Masalah itu menjadi balasan Allah atas perbuatan kita kerana kita tidak menjaga lidah. Kita mungkin pernah mengumpat, memaki atau memarahi seseorang dengan teruk sekali. Kita tak pernah fikir balasan atas kata-kata kita itu.

Jika hidup Anda selalu bermasalah, inilah masanya Anda check lidah Anda dan perangai Anda.

indahnya hidup,,jika d'sulam k'ikhlasan..

ORANG IKHLAS ITU TERTINDAS? ..

Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu.


Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.

“Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini,” kata seorang kakak berterus-terang.


“Mengapa?” balas saya.


“Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas, Fokus saya kepada kerja sahaja.”

Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?

Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, “kakak punya berapa orang anak?”


Sengaja saya bertanya soal-soal “di luar kotak” agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.


“Oh ramai encik…”


“Bagaimana dengan anak-anak kakak?”

Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya.


Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.


“Kakak, boleh saya bertanya?”


“Tanyalah encik…” ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya.


Memang, semua anak-anaknya menjadi.

“Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang “menjadi” dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?”


Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, “antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?”


Dengan cepat kakak itu menjawab, “hati ibu encik… tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat.


Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!”
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.


“Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran…” kata saya perlahan. Hampir berbisik.


“Maksud encik?”


“Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak lebih sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi.”


“Tidak pernah saya terfikir begitu encik…”

“Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia.


Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah.”


“Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?”


“Maksud kakak?”
“Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?”


“Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri.


Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!”


Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.


“Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita.


Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita…”

Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.


“Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong.


Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?”


Kakak itu tersenyum dan berkata, “tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya.”


“Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?’


“Pasti ada! Insya-Allah.”


“Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong.


Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita… Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi.”


“Subhanallah!”


“Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya.


Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini.”


“Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?” tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.

“Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!”


“Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat.”


“Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi.”


“Maksud encik?”


“Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup.


Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia.


Dan paling penting… hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan.”


“Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!”

Giliran saya pula tersenyum.


“Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah.


Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja… pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati atau kesihatan diri menurun . Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back… Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!”
terang saya panjang lebar.
“Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?”


“Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our “ceo”, kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan…”


“Maksud encik?”

“Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya.”


“Kenapa?”


“Kita akan sakit jiwa!”


“Kenapa?”


“Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur,” balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.

“Tetapi Allah tidak berhenti memberi… “ kata kakak itu perlahan.


“Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi… Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?”


“Ah, kita terlalu ego…”


Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa “diperingatkan” semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan… orang ikhlas tertindas?

jgn kau tangisi apa yg bkn milikmu..~

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai, kenyataan yang tidak sesuai harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu, majlis-majlis dzikir yang akan mengantarkan pada ketenteraman jiwa.

 
Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan bisa terbukti, tidak setiap yang kita mahu bisa tercapai.Dan tidak mudah menyedari bahwa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahwa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

 
Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahwa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenang. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

 
Apa yang memang menjadi jatah kita di dunia, entah itu rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti akan Allah sampaikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan kita bisa miliki. Meski ia nyaris menghampiri kita, meski kita mati-matian mengusahakannya.
"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (al-Hadiid: 22-23)

Demikian juga bagi yang sedang galau terhadap jodoh. Kadang kita tak sedar ketentuan Allah tentang jodoh kita, bukannya meminta yang terbaik dalam istikharah kita tetapi benar-benar ketentuan Allah: "yang pentingnya harus dia Ya Allah! Harus dia, kerana aku sangat mencintainya." Seakan kita jadi yang menentukan segalanya, kita meminta dengan paksa. Dan akhirnya kalau pun Allah memberikannya maka tak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tak mengulurkannya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkannya dengan marah kerana niat kita yang terkotor.

 
Maka wahai jiwa yang sedang gundah, dengarkan ini dari Allah:
Maka setelah ini wahai jiwa, jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berkepanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu. Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahwa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu, bila ada relevansinya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang Mu'min tidak hidup untuk dunia, tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak....

 
Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!

mati itu pasti...

Saat- saat kematian
MUKADDIMAH

Baru2 ini kita dikejutkan dengan beberapa kematian. Bermula dengan kematian syeikh Azhar syeikh Tantawi di airport arab saudi, kemudian dengan kematian pelajar perubatan tanta Ahmad sarhan bin Ahmad khan dan semalam saya dijemput utk baca tahlil, yasin dan sedikit peringatan di imarah junior perubatan kerana kematian ayah seorang pelajar.Oleh itu saya menulis beberapa kisah kematian pemaksiat dan orang yamg mulia untuk dijadikan pengajran bersama. Semoga ini menjadi titik keinsafan kepada kita semua...


KEMATIAN SEORANG PEMAKSIAT
Seorang lelaki telah terlibat dengan eksiden. Datang seorang lelaki yang lain , mendapatinya dia dalam keadaan nazak. Lalu diajar mengucap dua kalimah syahadah tetapi jawapannya:

“AKU DALAM SAQAR, AKU DALAM SAQAR…” DAN TERUS MATI
Lalu lelaki tadi bertanya kepada ahli keluarga si mati tentang si mati. Mereka menjawab “ Dia tidak sembahyang.”
Benarlah Firman Allah swt:
مَا سَلَكَكُمْ فِي سَقَرَ قَالُوا لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ

"Apakah yang memasukkan kamu ke dalam Saqar (neraka)?" Mereka menjawab: "Kami dahulu tidak termasuk orang-orang yang mengerjakan shalat.” (42 – 43 : al-Muddathir)
Ulasan: Oleh itu kepada pemaksiat2 tegar bertaubat. Walaupun kecik dosa tadi cthnya chating tak syarie, sembang laki pempuan tak syarie tapi boleh membawa kpd dosa besar. Ulama kata:


لا صغيرة مع الإصرار Bukannya dosa kecik lagi kalau dah buat sokmo2 (selalu)


Ada dua orang yang nazak masih menyanyi walau diajar mengucap di Arab saudiNak ke kita mati tengah bergayut laki pempuan.





KEMATIAN SYEIKH KANDAHKLAWI

Pada malam kematian seorang ulama hadis Muhaddis Muhammad Ilyas al-Kandahlawi bertanya kepada para hadirin “Adakah hari ini hari khamis?” Mereka menjawab “Ya” Beliau bertanya lagi “ Cuba kamu lihat pakaianku adakah ia bernajis?” Mereka menjawab “ Ianya bersih.” Lalu beliau pun turun dari katil, berwuduk dan solat isya berjemaah dalam bilik. Beliau berwasiat kepada hadirin supaya memperbanyakkan doa dan menjampinya. Beliau berkata:

ليكونن اليوم عندي أناس يميزون بين فعل الشيطان وفعل ملائكة الرحمن

“Hendaklah pada hari ini orang-orang yang berada di sisiku orang-orang yang dapat membezakan diantara perbuatan syaitan dan perbuatan malaikat.”
Pada tengah malam dia dalam keadaan tidur-tidur ayam dan sentiasa mengucapkan lafaz Allahu Akbar.
Ketika waktu sahur, beliau meminta anaknya Muhammad Yusuf datang. Beliau berkata kepada anaknya:
“Marilah duduk bersamaku hai yusuf, aku tidak dapat hidup selepas malam ini dan aku akan pergi beringkat.”
Akhirnya beliau meninggal dunia sebelum azan subuh pada malam tersebut. Ia adalah pada 21 Rejab 1363 hijarah.





AKIBAT SUKA BERBOHONG DALAM CERAMAH

Abul Fath Muhammad bin Muhammad bin Ali al-Harimi (tahun 514 h)seorang pemberi kuliah, nasihat dan tazkirah yang sangan sedap penyampaiannya. Namun banyak yang disampaikan itu benda yang salah dan bohong. Ketika dia hampir mati, dia telah mengerang sakit yang amat sangat. Lalu ada yang berkata kepadanya “Berjumpa memang amat sukar.” Lalu as-Safdi berkata:

لا سيما قادم يكذب على الله تعالى وعلى جبريل
“Lebih-lebih lagi orang yang berjumpa Allah itu berbohong atas nama Allah dan Jibril as.”
Ulasan: Bentuk2 pembohongan yang biasa dalam tazkirah dan kuliah agama yang amat berleluluasa sekarang adalah:

1. Mengeluar hukum sendiri .
2. Berkata dosa dan pahala tanpa dari sumber ulama muktabar.(contohnya dlm surat kabar, ada ustaz kata dosa besar pegang babi)
3. Mentafsirkan ayat atau hadis ikut kefahaman sendiri tanpa merujuk tafsiran ulama muktabar.
4. Menukilkan hukum dengan syak. (cthnya saya rasa, agaknya boleh kot)
5. Menatakan pandangan agama dalam semua aspek mengikut pikirang sendiri.





AKU BERSEDIA SEJAK 50 TAHUN

Diceritakan bahawa Malaikat Maut datang kepada seorang lelaki soleh untuk mencabut nyawanya. Lalu lelaki itu berkata:
مرحبا أنا والله منذ خمسين سنة أتأهب لك

"Selamat datang , demi Allah aku menanti bersedia untuk menemui mu sejak 50 tahun lepas.”

PESANAN TERAKHIR SAIDINA ALI

Suatu hari Hasan cucu Nabi saw bertemu dengan ayahnya saidina Ali ra yang sedang sakit nazak. Ini menyebabkan Hasan mengeluh. Ayahnya pun berkata “ Adakah engkau mengeluh?” Lalu Hasan menjawab “Wahai Amirul Mukminin bagaimana aku tidak mengeluh sedangkan ini adalah hari terakhir mu di dunia dan hari terawal mu di akhirat.” Saidina Ali ra pun berpesan:
ألا أعلمك أربع كلمات إن حفظتهن ففيهن غناء الدهر وإن ضيعتهن ففيهن فقر الأبد؟ يا بني لا غناء مثل العقل ولا فقر أشد من الجهل ولا وحشة أشد من العجب ولا أنس مثل حسن الخلق

“ Adakah engkau hendak aku ajarkan empat ayat yang mana jika engkau menjaganya pasti engkau akan kaya selamanya dan sekiranya engkau sesiakannya pasti engkau akan faqir selamanya? Wahai anak ku tidak ada perkara yang lebih mengayakan dari akal fikiran dan tidak ada yang memfakirkan lebih dari kejahilan. Tidak ada yang lebih menggelisahkan dari sifat perasan(rasa hebat) dan tidak ada yang menyeronokkan lebih dari akhlak yang baik.”





SYEIKH AHMAD YASIN : KAMI MENUJU KE ARAH SYAHADAH (MATI DI JALAN ALLAH)
Anaknya Muhammad telah menceritakan bahawa tiga jam sebelum serangan ke atas beliau, beliau telah memaklumkan kepadanya terdapat pesawat peninjau kepunyaan Israel di udara. Namun bapanya membalas:

نحن نسعى إلى الشهادة وإنا لله وإنا إليه راجعون

“Kami menuju kepada syahadah , kami berasal dari Allah dan akan kembali pada Allah.”
Beliau adalah pengasas kepada gerakan HAMAS di palestin. Ketika beliau hendak menunaikan solat subuh berjemaah di masjid (beliau yang buta dan lumpuh) , pihak tentera Israel telah membunuhnya melalui serangan udara. Ini berlaku pada bulan safar tahun 1425 hijrah.
Ulasan: syeikh yang sudah tua, buta dan lumpuh namu bersemangat untuk solat subuh berjemaah di masjid. Namun mahasiswa2 islam hanya sedikit sahaja yg mampu ke masjid dan memenuhi saf hadapan. sebab apa? sebab pemuda2 sekarang sudah tua imannya, buta hatinya dan lumpuh amalannya. Yang lebih menyedihkan orang yang tak mampu berada di saf hadapan pada waktu subuh ni adalah orang yang bercakap dan berkerja utk Islam. Apa tujuan mereka sebenarnya?



KESIMPULAN
Marilah bersama merenung bagaimana saat akhir kematian kita. Inilah persediaan yang perlu kita buat. Segala apa yang kita rancang di dunia adalah perkara yang tak pasti tidak kira urusan study, kerjaya, perkahwinan, sukan dan lain-lain. Yang pasti kita akan mati. Oleh itu marilah kita sama-sama menginsafi diri dan kembali pada tuhan. Masanya belum terlambat selagi nyawa belum sampai ke leher. Janganlah bertangguh kerana kita tidak tahu bila saat kita dicabut nyawa.

Rujukan: Lahzat qablal maut oleh Muhammad Khair Ramadan.

Wednesday, April 14, 2010

CEGAH INFLUENZA A (H1N1)

RISALAH INI KU DAPAT DARI RAK DI SALAH SATU HOSPITAL KERAJAAN DAN INGIN KU KONGSI BERSAMA RAKAN 2.....
AMALAN YG PERLU DI LAKUKAN DI RUMAH BAGI PESAKIT YANG MEMPUNYAI GEJALA INFLUENZA LIKE ILLNESS (ILI) IAITU SEPERTI SELESEMA-DEMAM ,BATUK DAN SAKIT TEKAK:-
1.PESAKIT DI SARANKAN BEREHAT DI RUMAH DAN HADKAN PERHUBUNGAN DENGAN ORANG LAIN .
2. MENGAMALKAN AMALAN BATUK,BERSIN DAN KEBERSIHAN DIRI SEPERTI TUTUP MULUT DENGAN TISU BUANG KAN KE DALAN TONG SAMPAH.BASUH TANGAN DENGAN AIR DAN SABUN.ELAK BERKONGSI TUALA DAN BARANGAN RERIBADI.
3.ELAK PERGI KE TEMPAT SESAK.
4. SEGERA DAPAT RAWATAN DI HOSPITAL DAN KLINIK SEKIRANYA TERDAPAT TANDA SEPERTI KESUKARAN BERNAFAS,BATUK BERDARAH,SAKIT DADA BERTERUSAN,CIRIT -BIRIT,DEMAM BERTERUSAN MELEBIHI 2 HARI >38C,BERASA PENING KETIKA BERDIRI,KURANG BUANG AIR KECIL IAITU TANDA KEKURANGAN AIR DI DALAM BADAN.
KETAHUILAH BAGAIMANA VIRUS INI BERJANGKIT IAITU MELALUI BATUK DAN BERSIN.TITISAN CECAIR PERNAFASAN YANG KELUAR AKAN TERKENA TANGAN PESAKIT,PERMUKAAN DAN TERSEBAR KE UDARA.SETERUSNYA SESEORANG AKAN DIJANGKITI SAMAADA MELALUI PERNAFASAN ,MELALUI SENTUHAN DENGAN TANGAN PESAKIT @ MENYENTUH PERMUKAAN YANG TERCEMAR DENGAN TITISAN CECAIR PESAKIT TERSEBUT.
INDIVIDU YANG BERISIKO ADALAH:
1.KANAK2 BERUMUR KURANG DARI 5 TAHUN.
2.ORANG DEWASA BERUMUR 65 TAHUN KE ATAS.
3.KANAK2@ DEWASA YANG MENGAMBIL UBAT ASPIRIN UTK TEMPOH YG PANJANG.
4.WANITA HAMIL.
5.ORANG DEWASA DAN KANAK2 YG MEMPUNYAI PENYAKIT SAMPINGAN YG LAINSEPERTI ASMA,PENYAKIT CARDIOVASCULAR,PENYAKIT HATI DAN DIABETIS.
6.MEREKA YANG MEMPUNYAI DAYA TAHAN BADAN YG RENDAH SEPERTI PENGIDAP KANSER DAN HIV.
7.INDIVIDU YANG OBESITI.
8.PENGHINI PUSAT PENJAGAAN KESIHATAN SERTA FASILITI PENJAGAAN KESIHATAN KRONIK YG LAIN.

PERHATIAN !MEREKA YG BERISIKO SEGERA DAPATKAN RAWATAN ANTIVIRAL.

RAWATAN AWAL MENYELAMATKAN NYAWA ANDA.

Friday, April 9, 2010

PETUA KEBAHAGIAN RUMAH TANGGA

PETUA KEBAHAGIAN RUMAH TANGGA

DI DALAM SEBUAH RUMAH TANGGA PERSEFAHAMAN ADALAH PERKARA PALING PENTING DI ANTARA SUAMI DAN ISTERI .DUA PERSONALITI YANG BERBEZA PERLU MENGHARUNGI HIDUP BERSAMA ITU YANG AKAN MENIMBULKAN MASALAH.
HANYA MEREKA YANG KUAT ,TABAH DAN BERAKAL YANG SANGGUP MENEMPUHINYA DENGAN TABAH.
BERIKUT ADALAH PERKARA YANG BOLEH DI JADIKAN AMALAN  DI DALAM MELAYARI ALAM RUMAH TANGGA.
1.HIDUP BERLANDASKAN HUKUM ISLAM
2.SOLAT 5 WAKTU.
3.SELALU MEMUJI PASANGAN ANDA.
4.MELAKUKAN KERJA RUMAH BERSAMA-SAMA.
5. TUNJUKKAN KASIH SAYANG ANDA DI HADAPAN ANAK-ANAK.
6.MENCARI KEBAIKAN PASANGAN ANDA.
7.KEBURUKAN PASANGAN JANGAN DI UNGKIT DI HADAPAN TETAMU.
8.BERFIKIRAN TERBUKA.
9.TEGURAN MESTI DI AMBIL DARI SUDUT YANG POSITIF.
10.BERANI MENGAMBIL RISIKO UNTUK BERUBAH.
11.MASA BERKUALITI BERSAMA KELUARGA.
12.MENGHORMATI IBUBAPA PASANGAN.
13.BILA ADA PERSELISIHAN PENDAPAT TIDAK PERLU BERTENGKAR DAN MENINGGIKAN SUARA.SUARA YANG SEDERHANA DAN BERIKAN ALASAN KENAPA ANDA BERPENDAPAT SEPERTI ITU.
14.MENGHORMATI PASANGAN TERUTAMA DI HADAPAN IBUBAPANYA DAN SAHABATNYA.
15.CUBA MEMAHAMI PERASAAN PASANGAN MASA GEMBIRANYA ,MASA SEDIHNYA, MASA INI KITA BERKONGSI PERASAAN BERSAMANYA.
16.PERASAAN KETIDAKPUASAN HATI SUARAKAN SECARA BAIK .BILA KEJADIAN ITU....KENAPA TIDAK PUAS HATI...JIKA BERULANG LAGI APA YG BOLEH BERLAKU...UTK J/MASA PANJANG APAKAH KESANNYA TERHADAP KELUARGA....
17.ELAK BERTENGKAR MENCARI KEBENARAN KERANA DIAM BUKAN BERERTI KALAH.
18.SENTIASA BERTERUS TERANG.
19.TETAPI RAHSIA JUGA PERLU ADA ...JIKA BERTERUS TERANG AKAN MENGAKIBATKAN PERTENGKARAN DAN PERPISAHAN.
20.SETIAP ORG PERLU PUJIAN .PUJILAH PASANGAN .
21.MASALAH HARI INI SELESAIKAN PADA WAKTU ITU JUGA JGN HIMPUN SATU HARI DAN SESSI UNGKIT MENGUNGKIT BERLAKU.
22.TIDAK TERLALU CEMBURU.
23.SERTA TIDAK TERLALU MENGONGKONG PASANGAN.
24.APA-APA KEPUTUSAN BINCANG BERSAMA SEBELUM MELAKUKAN KEPUTUSAN....
25.WUJUDKAN SUASANA HUMOUR DAN LAWAK SUPAYA SEISI KELUARGA TERHIBUR DAN DAPAT MENGHILANGKAN STRESS.
26.DOA YANG BERTERUSAN SUPAYA RUMAHTANGGA YANG DI BINA KEKAL KE AKHIR HAYAT.
SAMA-SAMA LAH KITA MENGAMBIL IKTIBAR DARI PETUA TERSEBUT......KEPADA BAKAL SUAMI DAN ISTERI "SELAMAT PENGANTIN BARU"

Thursday, April 8, 2010

sekadar untuk renungan kita bersama.....
NILAI SEBUAH PUJIAN...
DI DALAM SEBUAH KELAS DI DALAM SEBUAH SEKOLAH...BEBERAPA MURID DENGAN BANGGA KERANA  TELAH MEMBAWA HADIAH DAN KAD UCAPAN KERANA HARI GURU..TETAPI ADA SEORANG MURID DARI KELUARGA MISKIN MEMBERI SATU BUNGKUSAN HADIAH KECIL KEPADA GURUNYA ITU...MURID ITU MENJADI ORANG TERAKHIR MENYERAHKAN HADIAHNYA KERANA MALU DENGAN HADIAHNYA YANG TIDAK SEBERAPA.....
RAKAN RAKAN KELASNYA BERSORAK "BUKA...BUKA..BUKA"..MEREKA MENGHARAP GURU TERSEBUT MEMBUKA HADIAH TERSEBUT TUJUAN MEREKA BUKAN UTK MENGETAHUI HADIAH TERSEBUT TETAPI UNTUK MEMALUKAN DAN MENTERTAWAKAN HADIAH TERSEBUT......
SAMBIL TERSENYUM KECIL GURU TERSEBUT MENARIK KELUAR SEBOTOL MINYAK WANGI YG TINGGAL SEPARUH DAN DI SEMBUR KE PAKAIANNYA.....
SELEPAS ITU BELIAU MENGAMBIL SEUTAS RANTAI YG KUSAM DAN PUDAR WARNANYA DARI KOTAK HADIAH TERSEBUT DAN MEMAKAINYA....SERTA MENGUCAPKAN TERIMA KASIH DI ATAS PEMBERIAN HADIAH TERSEBUT.
MATA BUDAK YG MEMBERI ITU BERKACA -KACA....
SELEPAS TAMAT SESSI PERSEKOLAHAN GURU TERSEBUT BERTANYA KENAPA MURID TERSEBUT MEMBERI HADIAH TERSEBUT....
MURID ITU MENJAWAB DENGAN NADA SEDIH BAHAWA IBUNYA SUDAH MENINGGAL DUNIA DAN DIA RELA MEMBERI BARANGAN MILIK IBUNYA....SELEPAS IBUNYA MENINGGAL DIA MERANCANG BERHENTI SEKOLAH DAN HADIAH ITU ADALAH TANDA KENANGAN TETAPI BERUBAH FIKIRAN SELEPAS GURUNYA MENERIMA HADIAH TERSEBUT DENGAN GEMBIRA.
.
5 TAHUN KEMUDIAN.......GURU ITU MENERIMA SEPUCUK SURAT DARI PELAJAR MISKIN ITU.....SURAT ITU DI TULIS,"Terima kasih cikgu!Saya sudah menamat sekolah menengah.Semua ini kerana jasa cikgu yg pernah menerima hadiah daripada saya dulu."

3 tahun kemudian....GURU TADI MEBERIMA SEPUCUK SURAT MENGATA DIA SUDAH BERADA DI MENARA GADING....SEKIRANYA DI IZINKAN TUHAN DIA AKAN MELANJUTKAN KE PERINGKAT IJAZAH...

.
RENUNGAN YANG SAYA DAPAT SIMPULKAN DARI KISAH TERSEBUT IALAH....

UCAPAN TERIMA KASIH DAN MENGHARGAI ORANG LAIN DENGAN IKHLAS DAPAT MEMBERI KEKUATAN LUARBIASA KEPADA SESEORANG SETERUSNYA MENGUBAH HIDUPNYA.....LIDAH YG KECIL DAPAT MENGURIS LUKA YANG DALAM DI HATI ATAU MEMBERI SINAR HARAPAN YANG BARU ...JAGALAH LIDAH ANDA  SELAMAT MALAM.




.

Wednesday, April 7, 2010

m'mahami keseimbangan..

k'seimbangan m'rupakan thp seimbang antara 2 kuasa b'lawanan..bg bidang mekanik,,keseimbangan berlaku semasa sesuatu objek dlm keadaan rehat...sesuatu objek akn b'gerak jika kuasa yg ada x seimbang m'nyebabkan objek jatuh atau b'golek..

objek yg tidak stabil biasanya mempunyai pusat graviti yg tinggi dan dasar yg kecil m'nyebabkan ia mudah jatuh apabila t'dapat sdikit sja prubahan tenaga..
mnakala objek yg stabil m'punyai tapak yg lebih lebar dan pusat graviti yg rendah m'nyebabkan is sukar untuk d'terbalikkan..

dalam objek dg k'seimbangan neutral spt tayar dan bola,,pusat graviti brada ttp pd bhagian tengah..
keseimbangan biologi rupakan koordinasi kuasa otot yg mngekalkan haiwan pd k'dudukannya..k'seimbangan kimia pula adalah keadaan d mana tindak balas satu bahan kimia seimbang dgn yg lain dgn tanda 2 anak panah horizontal ke arah b'tentangan..
keseimbangan termodinamik pula merupakan keadaan d mana suhu dan tekanan yg stabil dan x meningkat atau menurun..

apakah G-Force...

anda p'minat dr.sheikh muszaphar..?? fahami lah,,apakah G-Force atau kuasa G...

Dalam fizik,,G merupakan simbol yg m'rujuk kpd simbol graviti dgn ukuran k'lajuaan 1g..9.8 meter sesaat (9.8m/s2)..penumpang pesawat dn angkasawan mnkin mengalami tenaga graviti yg mnkin lebih drpd 1g dan kuasanya mungkin b'ganda kpd 2g,,3g,,atau 4g...
  Misalya,,apabila kelajuaan kapal angkasa m'ningkat s'hingga 29.4 m/s2 d'kata kn m'punyai kelajuaan 3g..
angkasawan dlm kpl angkasa akn m'ngalami tenaga yg d'namakan kuasa-G yg tiga kali lebih kuat b'banding dgn d permukaan bumi...
 Tenaga yg besar d'perlukan bg m'alihkan bahagian badan m'atasi kuasa G yg d'hasilkan pd kelajuaan 3g..
 

arghh..!! tekanan..??

Tekanan dlm bidang fizik m'rupakan kuasa bg 1 unit kwasan iaitu kuasa d'bhagi dgn k'luasan kwasan t'libat...unit metrik bg tkanan adalah pascal (PA) yg b'samaan dgb 1 newton kuasa bg 1 meter p'segi dmana 1 psi b'samaan dgn 6,,8955 pascal..

   D'sebabkan tekanan b'gantung kpd kwasan dan k'kuatan kuasa,,kuasa yg b'lainan m'berikan tekanan b'beza..tekanan atmosfera yg d'sebabkan oleh kuasa graviti yg b'tindak kpd udara yg mengelilingi bumi...m'mainkan peranan penting dlm perubahan cuaca...

   Manusia x boleh hidup tanpa p'lindungan pada tekanan yg t'lalu tinggi atau t'lalu rendah b'banding tekanan atmosfera...t'kanan juga m'berikan kesan kpd suhu misalnya air m'didih pd suhu dan t'kanan tinggi..
tekanan tinggi yg b'laku dlm bumi bg sesuatu tempoh yg lama b'tanggungjwb dlm p'bentukan batu-batan metamirfik..

   Dalam lautan tekanan m'ningkat dlm k'dalaman..

Monday, April 5, 2010

talks wif me..

Untuk dya....
  1. Cinta ini, yang selama kujaga dan kudekap hanya untukmu
  2. Tiba-tiba hilang seperti embun dihempas cahaya mentari… Entahlah, aku hanya merasakan hampa dan sepi
  3. Terus bersemi… Setiap kali aku menatap wajahmu,
  4. Aku bahkan enggan untuk sekadar berpaling memandang wajah dan semu di pipimu lagi.
  5. Hanya satu… Satu hal kesungguhan dan keyakinan yang ingin aku lakukan, yaitu
  6. Menanti datangnya hati yang lain. Percayalah, jangan pernah membayangkan aku akan
  7. Menikahimu dan tumbuh bersamamu. Percakapan kita terakhir kali
  8. Terlampau membosankan, dan tolong jangan harapkan pertemuan itu akan
  9. Membuatku ingin bertemu dan meneduhkanmu lagi dalam dekapanku.
  10. Sayangnya, kamu selalu hanya memikirkan dirimu sendiri.
  11. Seandainya saja… Suatu saat nanti ketika kita menikah dan sebaris janji telah terujar, aku sungguh percaya bahwa
  12. Hidup kita akan terasa luruh dan jatuh, dan aku tak akan pernah merasakan
  13. hal itu akan menjadi keajaiban dalam hidupku karena aku dapat hidup bersamamu dan mencintaimu selamanya. Aku menyimpan hati ini
  14. Untuk dicintai, tapi hati ini, cinta ini, bukanlah sesuatu
  15. Yang setulusnya telah kutitipkan padamu. Tiada seorang pun yang lebih
  16. Egois daripada kamu. Dalam hati, keyakinanku tak akan pernah berubah bahwa kamu takkan
  17. Mampu untuk menjagaku, menawan jiwaku dan menemaniku tanpa syarat.
  18. Setulusnya aku hanya ingin kamu memahami bahwa
  19. Aku mengatakan semua ini dengan sungguh-sungguh. Apakah kamu bersedia menolongku
  20. Bila engkau juga merasa ini akhirnya, tolong tak perlu berusaha
  21. Untuk menjawab semua ini. Seluruh surat yang telah engkau sampaikan menorehkan
  22. Hal-hal yang tak membuatku terpikat. Dewi waktu yang berdentang, kamu tidak akan pernah memiliki
  23. Cinta sejati dariku. Selamat tinggal… Percayalah,
  24. Aku tak akan akan kembali kepadamu lagi. Tolonglah, jangan pernah berharap
  25. Bahwa aku, akan, selalu menjadi kekasihmu, selamanya…
Tolong, jangan engkau menangis, seka dulu air matamu… Satu permintaan terakhir dariku untukmu, jika kamu ingin tahu dalamnya hatiku, tolong baca surat ini dengan membacanya urut dari angka ganjil, maka kamu akan paham is hatiku sebenarnya. Bukankah cinta untuk saling memahami? (*)